Sebenarnya saya tidaklah fasih berbahasa Inggeris.
Pengalaman saya pernah ditertawa oleh orang lain langsung tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus menguasai bahasa ini.
Inilah kelemahan saya sejak dari dulu lagi.
Walaubagaimanapun guru Bahasa Inggeris saya telah memberikan tiga pesanan yang baik.
1. Anda mesti berlatih perbualan bahasa inggeris yang sudah dihafal dan faham erti dan ucapannya. Terutama perbualan asas dengan kawan-kawan anda sama ada di sekolah atau di mana sahaja. Anda juga boleh berlatih sendiri di rumah dengan mengeluarkan suara dan menyebut sebutan yang betul.

2. Jangan terlalu fikir untuk cepat menguasai berbahasa inggeris, tetapi anda mampu menguasainya dengan pantas andai anda mengikuti cara yang betul. Cuba belajar menyusun perkataan-perkataan berbahasa Inggeris sederhana sesuai dengan apa yang ingin diucapkan melalui pengetahuan tatabahasa dan perbendaharaan kata sama ada daripada buku-buku belajar menguasai bahasa Inggeris dan diucapkan dengan jelas.
3. Terakhir sekali, selalulah membaca buku-buku bahasa Inggeris di rumah dengan mengeluarkan suara, sama ada buku perbualan, cerita, majalah ringan dan menjadikannya sebagai hobi.
Apabila anda mengalami masalah dalam memahami makna dan pengucapan perkataan, lihatlah kamus yang tertera di dalam kurungan.
No comments:
Post a Comment